salam..fren…
tetiba arini nak tulis blog…jgn risau..bukan blog pasal politik..tapi lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri khasnya dan kepada yg membaca umumnya…
alhamdulillah aku baru sahaja lepas mengerjakan umrah pada 5.9.08-18.9.08 yang lalu.perg…macam tak caya jek yg mata aku ni dapat menatap sepuas2nya kaabah….dan dapat solat di masjidil haram….termasuk masjid nabawi kat madinah tuh..
tapi bukan itu yg nak aku kongsikan..pengalaman tidak mungkin sama antara kita..walaupun tempat dan masanya sama…
mati…
hendak atau tidak…kita akan sampai ke penghujung garisan..tidak kisah la garisan tu panjang ke pendek ke..pasti akan ditempuh juga…antara tempuhan itu perlahan atau kuat…antara tempuhan itu sempat diucapkan kalimah LA ILA HA ILLALLAH atau tidak…wallahualam…yg penting…ianya PASTI…
bukan tujuan menakutkan..tetapi itulah hakikatnya…saban hari lepas aku balik dari mengerjakan umrah..aku asik teringatkan mati…mungkin pasal..masa kat sana…aku asik mengerjakan ibadah..lupa pada dunia…tak ingat keje..belajar…assignment..semua la..kecuali anak isteri..itupun untuk seketika…
bila aku balik malaysia..aku disibukkan semula dengan kesibukan dunia….ya allah…betapa banyaknya dugaan di dunia nih….hanya kesabaran je la pelindungnya..hanya keimanan yg senipis kulit bawang ni je la harapannya…untuk dijadikan benteng…
pelik manusia nih….kita tahu yg kita akan mati..konfem…tak kisah la cepat ke lambat..tapi pasti MATI….tapi kenapa masih ramai yg buat tak tahu?maksud aku…tidak bersedia dengan apa2 bekalan untuk dibawa…takkan bila da dibuka hijab baru nak sedar?takan bila da nazak baru nak beringat untuk beramal?muda sangatkan kita untuk beribadat?sempat ke kalau da tua baru nak beribadat?mampukan kita beribadat siang malam bila tulang da reput nafas da semput?
so sempena nak sambut raya nih…beringatlah….yg nak balik kampung tuh…ingatlah mati..semoga kita sempat mengucapkan kalimahNya dan semoga kita pergi dalam keadanan ISLAM (kalau sudah ajal kita)…insyaAllah…beramallah dalam bulan ramadhan nih sebelum tiba syawal…kumpullah bonus sebanyak2nya…jgnlah diharapkan hanya lailatul qadar untuk ditemui…biarlah setiap malam kita cuba hiaskan dengan tahajud..semoga alam kubur kita diterangi dengan tahajud…
(dan aku doakan keluarga dan keturunan aku dirahmati yg maha esa dan diberi petunjuk dan hidayah sentiasa..dilindungi sentiasa…dan dikekalkan nikmat islam….insyaAllah…amin…)
selamat raya my fren….
-hadi-
p/s: aku tujukan ruangan kali ini untuk diri aku….khasnya…