Archive for December, 2006

28
Dec

berakhir sebuah episod…

akum my fren semua
long time no see.how r u?
i hope everything fine..tengkiu..

bismillahirahmannirrahim…….

perg…sedar tak sedar…ari ni adalah hari jumaat terakhir dalam kalendar tahun masihi 2006 kita…sedar tak sedar gak besok cuti dan cuti dan cuti dan cuti hingga jumpa 3 JANUARI 2007!

WELCOME 2007 (………goodbye 2006…)…

so my fren..da pasang azam baru ke? da tulis da senarai azam baru? atau tak kisah pasal tahun baru yg bakal menjelma 3 hari lagi? takpe…hak masing2…yg ada ke takde ke azam baru tak yah kecoh…yg ada pastikan berjaya..yg takde..pastikan semua ok..sama je…yg penting…azam untuk diri sendiri..bukan untuk dihebohkan….(ada ke azam yg tak baik? semua mesti dari baik ke lebih baik kan…)

so takde cite menarik nak dikongsikan…semua sama..yg berbeza hari dan waktu…dua hari lepas ingat nak update blog nih..tapi server plak buat hal (kes gempa kat taiwan tuh)…pastu semalam (khamis 28.12.06) aku cuti..gi check wife aku…biasalah mengandung…mesti gi periksa berkala kat hospital…doktor kata baby dlm perut tu sihat..alhamdulillah…takde apa2 kot..tapi dia explain gak kat kitorang pasal nak bersalin nanti..maklumla…anak pertama ceasarean..so..yg kedua nih ada la beberapa kemungkinan..tapi dia kata jgn risau la..so..aku pun tak la risau sangat (..risau jugak la kan…sapa tak risau wife mengandung..)

apa azam aku tahun nih? tak spesifik sangat..tak macam masa muda2 dulu…tak sama macam masa bujang dulu…tapi yg pasti aku nak keluarga, kerja dan semuanya boleh dihandle…dan semua tu takan termakbul berjaya tanpa izinNya…so aku doakan Allah swt memudahkan aku dalam membuat sebarang kerja (yg baik2) tahun depan nih….dan mungkin kalau takde aral..aku mungkin akan mengerjakan umrah tahun depan dengan pak long aku (sebelah mak)..insyaAllah…harap2 jadi la..tak sabar rasanya nak ke rumah Allah yg maha suci tuh…(walaupun dalam hati aku ni terdetik…boleh ke aku ni yg banyak dosa pergi sana…)..

apa cite lagi eh?hmmm….kadang2 tu ada gak rasa nak kongsi masalah peribadi dalam blog nih..tapi tak elok la pulak kan…pasal walau macamana bebas pun aku menulis..tapi ada hadnya..so..tu la pasal aku tak cite pasal diri aku kat sini…terutamanya masalah2 yg membelenggu hidup aku…bukan apa..nanti org ingat aku nih nak menagih simpati plak (tak tau la kat sapa kan..sapa yg baca la agaknya)…tapi tu la hakikatnya…aku nak meluahkan sesuatu tapi tak sampai kat sini….dan takpe..takde masalah bagi aku…(pasal aku luahkan kat org yg aku sayang…isteri aku..)..apa2 pun selain dari masalah peribadi…semuanya aku luahkan dalam ni lebih2 lagi pasal pandangan aku terhadap sesuatu…(dan aku suka bercakap pasal keinsanan nih walaupun aku nih tak bagus sangat macam org lain..)

(apa aku merepek nih?)

ok la my fren…semoga jumpa lagi di tahun baru nanti insyaAllah…

tiada kata seindah bahasa yg nak diluahkan nak diucapkan kepada semua kawan2 aku (yg membaca blig nih) selain dari ampun dan maaf sempena HARI RAYA AIDILADHA yang bakal menjelma ahad nih (31.12.06)….

tiada salah dan silap yang tidak dapat dimaafkan….di dalam post aku yg terakhir di tahun 2006 nih..aku MEMAAFKAN APA JUA KESALAHAN KAWAN2 AKU..SEDARA MARA AKU…KENALAN DAN SAHABAT AKU…dan aku mengharapkan begitu juga dari mereka semua….

….YA ALLAH..KAU AMPUNKAN LAH DOSA KU..KELUARGAKU, SAUDARA MARA KU, GURU2 KU DAN SEKALIAN UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI YANG MASIH HIDUP ATAU YG TELAH MENINGGAL DUNIA..
TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YG BENAR…YG MENJAMIN KESEJAHTERAAN KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT..
BERILAH PENTUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA KAMI YA ALLAH..
CERAHKANLAH MASA HADAPAN KAMI..CERIAKANLAH KEHIDUPAN KAMI DAN DIJAUHKANLAH BALA DARI DIRI KAMI…
SESUNGGUHNYA TIADA LAIN YG KAMI PINTA DARIMU SELAIN DARIPADA DIAMPUNKAN DOSA KAMI..DIMAKBULKAN DOA KAMI..DAN DIREDHAI KEHIDUPAN KAMI….

AMIN YA RABBAL ALAMIN….Raya_2005

29.12.06 - ingatlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara…….(ingatkah aku ya Allah? INGATKAHLAH AKU YA ALLAH!)

25
Dec

lamanya cuti…

a’kum..salam sejahtera..salam persahabatan..salam persaudaraan…salam dunia! (m nasir la pulak!)
apa cite kita ari nih?lama cuti..pegi mana? org johor mungkin tak kemana-mana..kesian diorang terutamanya yang terkena bahana banjir..takpe la..anggap la semua tu dugaan tuhan..dugaan Allah swt…mana tau..kalau ktia redha dgn ketentuanNya..dosa2 kita yg lampau mungkin diampunkan…dihapuskan…dengan bencana tuh…(insyaAllah)

so..cuti ni aku tak kemana sangat…cuma hari ahad baru nih (24.12.06) aku gi kenduri kawin sepupu aku kat sentul..pastu kenduri kawin kawan mak aku kat keramat…biasa la..da kawin nih kena la pulak gi kenduri kawin org lain..dulu masa kita kawin dulu…ramai yg datang..kira dlm proses membalas balik la kan…hmm…takde yg menarik pun pegi org kawin nih…mungkin yg best pasal dapat jumpa sedara mara yang lain..kepada sepupu aku tuh (nama dia Onie..laki…nama sebenar aku sampai sekang tak tau!)…aku doakan jodoh dia berkekalan ke akhir hayat dengan pilihan hati dia…amin..
krismas?meri krismas..kepada sesapa la penganut agama tuh…ekceli bukan aku nak cite pasal krismas…just nak cite masa krismas semlm amir datang umah aku…tido semlm…best kalau kawan2 datang umah nih…rasa seronok je…shida (wife amir) ada interview kat putrajaya..so dia lepak la umah aku kejap…amir sebenarnya nak tido umah sepupu dia kat putrajaya..tapi aku yg beriya2 ajak tido umah aku.ye la..bila lagi nak gi umah aku kan…umah sepupu dia…raya bole pegihahaha..anak amir..damia da besar da sekang…da 8 bulan..da merangkak da…tu pun best gak…akak (anak aku amirah) seronok ada kawan….tak sabar rasanya nak tunggu diorang beso..bole kawan sama2…kawan baik macam bapak diorang!
bila ingat balik semua kejadian..peristiwa…dari aku kecik sampai aku yg sekang nih…dari aku mula mengingat sesuatu sampai tahap aku lupa sesuatu….terasa pendek je umur nih…rasa macam baruuuuuuuuuuuu je sekolah derjah satu!hahahhaha…ni ada kaitan dengan budak nak bukak sekolah ke haaa???hahhaha….lepas nih paper mesti tunjuk muka2 budak derjah satu..muka2 harapan bangsa…muka2 bakal penuntut universiti..muka2 mat rempit….muka2 budak pompuan yg (mungkin)ada dlm henset jantan2 gila hubungan kelamin (ayat sopan..ayat direct..gila seks!)…NAUZUBILLAHHHHHH….MINTA DIJAUHKANLAH YA ALLAH DARI BERLAKU ATAS KELUARGA AKU!!
straight to the point……apa yg aku rasa dari aku mula kenal dunia nih sampai aku lupa akhirat nih ialah…betapa kita ni khayal dengan dunia..khayal dengan semua kebendaan dunia…semua la yg melibatkan dunia..dan bapak segala kelalaian nih…ialah duit..wang…money..pitih!
“ada duit semua jalannnnnnnnnnnnnn”…ungkapan yg biasa kita dengar..aku akui…aku pun sama gak..cuma bezanya..aku tak banyak duit! dan bila tak banyak duit nih.kepala pun pening nak pikir mana nak cari duit lebih….nak cari duit lebih nak senangkan anak bini..nak beli itu ini….tapi alhamdulillah….isteri aku tak meminta lebih daripada sepatutnya…kitorang jarang gaduh walaupun duit asik tak cukup je…syukur aku bertemu jodoh dengan insan bernama Zuzilawati binti Yaakob nih……mmg ditakdirkan jodoh aku dengan dia….kalau dia baca blog aku nih…aku nak dia tahu yg aku terlalu sayangkan dia (dan anak semestinya)…dan aku harap jodoh kitorang nih last forever bak kata omputih……sampai aku da tua nak mampos..!
ok la..sampai sini sajalah..gian sebenarnya nak menaip….(walaupun tak tentu arah biji butir tulisan aku nih)…yang aku tau..aku nak menulis (lebih tepat…menaip!)…so..sama2 lah kita menghitung hari menjelang tahun baru nih…semoga semua kerja yg patut disiapkan tahun 2006 ni disetelkan dalam tahun ni jugak (ditujukan khas untuk aku!)..
wassalam….(wallahualam……)
26.12.06 - kenangan terindah….untuk menyenangkan hati….kenangan pahit…untuk menjadikan kita lebih berhati2…

21
Dec

my song-my sacrifice..(creed)

Hello my friend
We meet again
It’s been a while
Where should we begin?
Feels like forever
Within my heart
Are memories
Of perfect love that
You gave to me
Oh, I remember
When you are with me
I’m free, I’m careless
I believe
Above all the others
We’ll fly
This brings tears
To my eyes
My sacrifice

We’ve seen our share
Of ups and downs
Oh, how quickly life
Can turn around
In an instant
It feels so good to reunite
Within yourself and
Within your mind
Let’s find peace there

‘Cause when you are
With me
I’m free, I’m careless
I believe
Above all the others
We’ll fly
This brings tears
To my eyes
My sacrifice

I just want to
Say hello again
I just want to
Say hello again

When you are with me
I’m free, I’m careless
I believe
Above all the others
We’ll fly
This brings tears
To my eyes

‘Cause when you are
With me
I’m free, I’m careless
I believe
Above all the others
We’ll fly
This brings tears
To my eyes
My sacrifice
My sacrifice

(I just want to
Say hello again)
I just want to
Say hello again

My sacrifice

21
Dec

satu hari di hari jumaat…..

bismillahirahman ni rahim..

salam sejahtera kepada sesiapa yg membaca..(termasuk diri aku sendiri!)

lama tak menaip kat blog nih..betul la kata dolah (aku baru baca blog dia 2-3 hari lepas..)..tulis dalam blog ni akan sampai satu tahap kita da tak tau nak tulis apa..dan akhirnya kita akan tulis sekali sekala..dan seterusnya kita akan tak tulis lagi..pasal idea da takde….kering..kosong…(ye ke dolah?)..tapi mungkin tidak bagi aku…

bukan aku tak nak tulis blog aku tiap2 hari..tapi memandangkan sekang nih pc aku pakai os windows 98….dan os nih tak leh nak bukak frenster..ada je masalahnya…secara otomatik gak aku tak dapat nak update blog aku..tiap2 hari macam dulu…ni pun aku taip kat pc bilik lain…ingat nak taip kat mana2 dulu..pastu copy paste..tapi rasa macam tak asli la pulak..tak original…aku lebih suka taip terus kat frenster..dan post terus…baru ada feel…kalau aku taip..pastu aku save untuk berapa lama (aku pun tak tau)..last2 sekali benda tu da basi…da tak best untuk dibaca (oleh sesapa la)…

hmmm…smlm sorang lagi kawan aku jadi bapak (ayah,appa,daddy,abah,bapa,father,dad dan mcm2 lagi)…TAHNIAH UNTUK ABDULLAH SYUKUR BIN HILALUDIN!…(bagus nama syukur nih…sentiasa bersyukur…tak kira apa pun!)..aku doakan lepas ni kawan aku dolah nih akan terus mengimprovekan diri dia dari baik kepada lebih baik lagi tahun depan (dan tahun depan dan tahun depan ……)…nama anak dia?ntah aku pun tak tau..dia sms aku asik taip anonymous jek..belum ada lagi la tuh kot…takpe la dolah..ko bagi la nama yg ada makna dan sedap di dengar..jgn letak pelik2 plak…(macam bawang putih ke bawang merah ke!)…

mlm tadi aku ada idea nak taip apa kat dalam blog aku nih..tapi sekang nih da ilang da..tu la pasal..patutnya aku tulis dalam buku note ke mana2 ke…baru ingat…ah takpe la…ni pun aku da taip lebih da….daripada takde…banyak point aku nak taip..byk cerita yg berlaku 2-3 hari nih yg nak dikongsikan…..tapi biarlah…nanti2 la aku taip..lagi pun bukan ada sapa pun yg baca…(yg aku tau aku suka baca blog org………da jd hobi plak..)

hmm..aku da ingat skit2 apa yg aku nak tulis..aku nak cite pasal pengguna internet nih laaa..hahaha..mungkin ayat aku da berubah la daripada ayat malam tadi (sebelum tido)..tapi lebih kurang jek maknanya..aku just nak taip yang……….

sebenarnya aku nih baru jek nak berfrenster dalm internet nih..org lain da lama da..aku jek yg terkial2 nak berkawan…(ni bukan ayat malam tadi nih!)…cuma aku nak cite pasal kawan online aku yg aku tak kenal…dan yg aku kenal…dan yg suka tulis blog…

bagi aku blog nih macam luahan perasaan la jugak (try baca post pertama aku…’my first writing’)..dan akhirnya aku akui jugak…blog nih adalah luahan hati! tak kiralah dlm bentuk diary ke(apple blog)..dlm bentuk lawak ke (kinetix)..dalam bentuk list (apa2 list la) ke (serojja)..dlm bentuk suruh org gi web mana2 ke (serojja gak!)…dalam bentuk lirik ke (min)…dalam bentuk merepek pasal bisnes ke (abdullah syukur)…dalam bentuk nasihat/tazkirah ke (aku!)…apa2 laaaaaaaaaaa….yg penting..yg sama…semua blog nih melambangkan identiti masing2…ni la reality life…

ada member tanya aku….aku ni suka baca blog org ke?pasal bagi dia blog dia takde apa2 yg menarik pun….ntah la..bagi aku pulak…aku just suka baca blog org..(tak caya tgk la blog kwn dlm list aku..konfem ada je aku komen)…aku suka dgr cite luahan hati diorang…(dan bukan niat untuk aku menyibuk..)…baca blog org ni buat aku rasa tak keseorangan (aku da kawin..berdua..eh bertiga da ada anak..)..maksud aku keseorangan la dlm hidup nih…nak explain pun tak tau…tapi beza la wife dgn kawan2 nih..(ekceli ni je la cara aku berkawan..pasal da jarang bersosial..pasal aku suka duk umah jek layan isteri dan anak aku..)..

aiseymen..panjang la pulak aku taip pagi2 jumaat nih..cite pasal jumaat nih..tinggal 1 je lagi jumaat…pasni..tahun baru…(tahun baru?)..isk isk isk…kejap je masa ni berputar ..(bukan kejap..cepat la di)..

ok la..sampai sini sahaja..walaupun tak sama macam ayat yg aku plan nak taip macam mlm tadi…tapi lebih kurang macam tu la…hingga jumpa lagi..

akum….

22.12.06 - luahan hati tidak semestinya meluahkan kekecewaan…tapi lebih kepada luahan rasa terhadap sesuatu..dalam apa jua bentuk…(ye ke?)

19
Dec

terkena lagi!

3.40 pagi………

akum..salam sejahtera..

ngantuk giler…dari tadi membega computer opis(kat umah)…tetiba plak buat hal macam hari tuh…akibatnya..tak dapat aku nak update blog aku…takpe la..aku terima seadaanya…jgn la pulak ada yg ingat aku saja tak online..(kalau ko tak online peduli apa aku!)..hahha

ni taip ni pun rasa macam nak pengsan da..sebenarnya aku tunggu game

Liverpool

lawan arsenal pg2 buta nih…tapi tak sangka la pulak aku berjaga sampai pukul 3 lebih nih…

(ni aku taip dulu pakai word..pastu save dlm pen drive..pastu aku copy paste la kat dlm blog aku….kat umah takde internet..belum mampu lagi..)

so…da tak tau apa nak taip..da tak tau nak bagitau apa…ni pun aku taip mungkin pasal aku gian nak menaip…(sambil dengar lagu dewa..pupus…)

bait pertama lirik lagu dewa nih terkena plak kat aku….

“aku tak mengerti apa yg kurasa….”

Ok lah..aku tak bole lama kat depan pc nih..kang berjela2 aku taip..dan secara otomatik jugak aku tak dapat nak tgk game bola tuh..(abih pukul 6pg…bole ke aku keje besok nih?)

Sampai jumpa lagi kawan2 yg membaca………salamss

(badan lesu..mata kuyu..semangat (agak) layu…tapi digagahkan jua menyengkang mata….apa faedahnya? Mmg takde faedah!)

20.12.06 – mungkin kita tidak dapat memenuhi kehendak semua orang…..tetapi..kehendak Tuhan? (penuhilah kehendakNya selagi nyawa dikandung jasad……………)

17
Dec

cinta (?)

akum wr wb..(bismillahirahmanirrahim)

perghh….tajuk kali ni CINTA (org putih cakap LOVE..nampak romantik…agaknya) la pulak…hahahha..rasa geli jek kalau sebut perkataan nih dalam perbualan biasa (dlm filem biasa la sebut nih…aku cinta ko..ko cinta aku..dia cinta mereka dan mcm lagi!)

hmm…sekarang nih tgh hangat kat wayang (ye ke?) cite CINTA..lakonan 10 pelakon hebat Malaysia..rasanya da lama pun tayang kat wayang..aku pun tak tgk lagi…ntah best ntah idak tak tau la…apa2pun aku harap tokey dia dapat pulang modal la buat filem tuh..maklum la..org malaysia nih bukan ramai suka tgk wayang..

ekceli bukan aku nak cite pasal filem tuh…aku nak kongsi cite pasal CINTA tu sendiri..cinta ni apa sebenarnya?aku pun tak pasti…mungkin ada org kat luar tu yg cerdik pandai yg tau definasikan CINTA ni apa…bagi aku la…pendapat peribadi…aku sendiri tak tau…sampai aku da kahwin ada anak nak masuk 2 org nih pun aku tak tau maksud

CINTA ni perasaan ke?sama macam perasaan2 yg sedia ada dalam diri manusia?macam sedih, gembira dan lain2 tuh?

CINTA ni satu bentuk perhubungan ke?sama macam perhubungan2 yg sedia terjalin antara manusia?macam persahabatan,permusuhan dan lain2 tuh?

ENTAH!!!

ternyata CINTA ni satu lagi ciptaan tuhan yg unik dan misteri….bole kata semua manusia ada sifat nih (aku gelar CINTA nih sifat la..senangkan..)..macam2 gelaran CINTA kita pernah dgr kan…cinta buta la..cinta palsu la..cinta pandang pertama (kedua..ketiga..keempat!) la..cinta itu la..cinta monyet la..macam2 la…termasuk tulisan aku nih aku rasa da berjuta2 artikel pasal CINTA dan dibincangkan…(tapi tak salah kalau aku nak bagi pendapat kan?)

kenapa tetiba aku nak cite pasal CINTA nih?bukan pasal apa…baru2 nih macam2 cerita pasal kapel aku dgr…lebih tepat lagi..cite kawan2 aku yg aku tau sedang hangat bercinta..dan sedang hangat bermasalah dalam bercinta!..(bukan aku nak bz body…tau gitu2 jek..bak kata saiful apek!)

hmmm..tetiba aku tak reti pulak nak taip apa sekang nih..sebelum datang keje tadi berlambak idea nak tulis..tapi ilang plak ptg2 nih…(ni angkara cite bawang putih bawang merah la nih…siot betul la!)..terganggu konsentrasi aku nak tulis nih (oleh jeritan rika sumanto tuh!)

takpe la..lain kali la aku cite pasal CINTA nih…tu pun kalau idea aku yg mula2 tu datang balik kat kepala otak nih…cuma yg penting yg aku nak sampaikan ialah…

"…cinta itu wujud dalam semua bentuk..dalam semua jenis perhubungan..dalam semua keadaan..tidak kira siapa kita dan siapa dia…dan salah satu asas agama itu juga adalah cinta…CINTA KEPADA ALLAH…TUHAN SEKALIAN ALAM…dan tujuan (matlamat) cinta itu? KEREDHAAN…"

sehingga jumpa lagi di hari esok (jika diizinkan)..insyaAllah..

akum…..

18.12.06 - sometimes we act like we know everything..but believe me…we still stupid!

14
Dec

da berapa jumaat ha?

akum wr wb…

bismilahirahmanirrahim…

hmm…lebih kurang 15 hari lagi nak tahun baru…lagi 15 hari lagi la usia kita akan berkurang….alhamdulillah…umur kita dipanjangkan…(atau lebih tepat..makin pendek umur kita..!)

sedar tak sedar gak..da berpuluh jumaat kita tempuhi? berapa kali kita da tinggal solat jumaat agaknya eh?hmmm…berapa eh?

so..selamat hari jumaat…selamat hari yg penuh keberkatan nih…apa macam?apa perancangan hari nih?takde?perancangan besok?tak tahu?perancangan lusa?tau sure!

hahahha..tak kisahlah apa yg kita nak buat..asalkan jangan merompak cip komputer da la..kang tak pasal2 kena masuk lokap…arini aku update blog nih pagi2..dan mungkin selepas nih..aku akan update blog aku nih time pagi..senang…petang takde terkial2…

sebenarnya banyak keje aku kat opis nih..nak update tu la..nak update ni la..nak buat tu la..nak buat nih la…tapi pasal aku nih jenis menangguh keje..tuh yg menimbun keje tuh…ingat nak cari masa yg sesuai la nak setelkan semua…tapi bila da balik umah tuh…susah la pulak nak datang balik ofis…(pasal zie tak bagi..suruh tgk anak…dia nak buat keje…)..macamana la kalau da dua anak nanti!

kadang2 aku rasa berdebar2 je nak masuk tahun baru nih…terasa macam ada je cabaran yg perlu aku tempuhi..terasa macam ada je dugaan yg menanti…isk…kadang2 tu rasa macam nak jadi budak2 je sampai bila2…hahahha…tu pikiran org yg tak sanggup tanggung risiko!aku kena belajar menghadapi risiko..walau sebesar mana sekalipun…pasal aku da ada anak…dan anak aku akan memandang aku sebagai idola dia (sebelum dia kenal artis2 yg ntah hapa2 tuh nanti!)

hmm…(sambil menghela nafas)…kalau la kita tau apa akan jadi kat kita di masa hadapan…KONFEM SEMUA MANUSIA NIH MASUK ISLAM DAN BERTAUBAT NASUHA! (pasal semua tahu bila diorang mati..dan hanya jawapan kepada soalan ‘bila aku mati’ je yg tak akan diketahui manusia…rahsia Ilahi..)

ok lah..di hari yg penuh barakah nih..aku doakan semua yg mengenali diri aku nih…ekceli tak kiralah kenal ke tak…family(yg dikasihi)..sedara mara(yg dihormati)..guru2(yg dihargai)..kawan2(yg diingati)….semoga diorang nih semua dibersihkan hati…disucikan jiwa…dan diberi cahaya oleh Allah swt…agar sentiasa ingatkan Dia..dan bukan setakat mengingat sahaja..tapi diyakin dlm hati..diucapi dgn mulut (yg akan ditutup di hari penghakiman)..dan dipraktikkan dgn anggota…agar diri diredhaiNya..

percayalah…hanya keredhaan Nya sahaja yg perlu didambakan di dunia ini…ok lah..cukup la tazkirah aku kali nih…(untuk diri aku sebenarnya ingatan nih..)…kita jumpa lagi di minggu hadapan..isilah hujung minggu nih dengan aktiviti yg menyeronokkan tapi tidak melalaikan…

akum…wallahualam…

15.12.06 - always remember..we never be alone…because there will always 2 angel beside us..side by side…watching n protecting..and maybe…praying for us!

13
Dec

cepat betul masa beredar…(pt III)

assalamulaikum wr wb..bismillahirahmannirrahim..

hmm..semlm tak sempat nak taip..arinih aku taip time pagi plak..takut petang nanti tak sempat…sure korang (sapa la korang tu eh..) tertanya2 kenapa la tajuk aku nih ada part2 plak..takpe la kan..macam cerita gak..ada part2…paling panjang..star wars..sampai 6 part….(ke aku da kering idea kat kepala otak nih sampai tak tau nak cari tajuk apa..?)..

cepat masa beredar..diakui..rasa macam baru jek aku taip blog nih..ni da taip lagi…apa point aku sebenar-benarnya? macam aku cakap sebelum nih…aku tak tau macamana nak explain…tapi dalam otak nih..bermacam2 aku nak bagitau..macam2 aku nak luahkan..terutamanya berkenaan masa nih la…

macam yg kita sedia maklum (org islam la kan)..dlm kitab allah yg penuh mukjizat tu pun ada sebut berkenaan masa nih..Allah dah bersumpah dgn masa nih…masa nih salah satu ciptaan Allah yg penuh misteri..hanya Dia dan tiada lain selain Dia je yg tahu rahsia MASA nih….(demi masa…sesungguhnya manusia dalam kerugian…kecuali……………)

ok la…ayat pendek dan ringkas yg aku rasa sesuai..secara peribadi la kan..apa yg aku nak kongsikan bersama ialah…BETAPA DEKATNYA MATI DENGAN KITA!

sorang kawan pernah berkata…dari sorang alim…yg sampai sekarang aku ingat dan aku sematkan dalam hati aku…ialah…

hidup di dunia nih macam garis lurus…ada permulaan dan akan ditemui penghujungnya di akhir garisan…tapi..hidup di akhirat…seperti garisan dalam bulatan…tiada penghujungnya…kekal..abadi….selamanya…

so…point aku…betapa kita hidup di dunia nih..nak atau tidak..kita akan menghadapi mati…so…bersediakah kita? bersediakah kita dengan bekalan yg telah dipesan oleh nabi junjungan kita?bersediakan kita dengan jawapan2 yg soalannya telah ‘dibocorkan’ oleh nabi junjungan kita?bersediakah kita dengan bekalan dan soalan yg tak seberapa ni?bersediakah?

bukan niat aku nak menakutkan sesiapa…sejujurnya apa yg aku luahkan nih semua adalah untuk diri aku sendiri…dan semestinya semua persoalan dan pertanyaan…disoal dan ditanya kepada diri kita sendiri…seperti kata org yg berceramah diakhir ucapan..’yg baik datang dari Allah dan yg buruk tidak lain dan tidak bukan..datang dari diri saya sendiri…’

ok lah…sampai sini sahajalah untuk kali ini..walaupun terlalu banyak yg hendak ditaipkan..terlalu sarat isi otak yg hendak dihamburkan keluar…terlalu padat isi padu kepala untuk dicurahkan keluar…tapi..cukuplah…mungkin di lain kali…insyaAllah..

wallahualam…akum…

14.12.06 - mati itu pasti..siksaan kubur itu pasti..syurga neraka itu pasti…yg tidak pasti…amalan, bekalan kita…pastikah kita..kawanku..aku!

12
Dec

cepat betul masa beredar….(pt II)

dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha penyayang…

salam sejahtera…

hmm..cepat betul masa ni berputar..tau2 sekang nih..da pukul 3.30ptg…rasa macam baru jek aku masuk keje pagi tadi…da petang da…..time macam ni laaaa ada je kerja yang nak dibuat…pagi tadi takde la pulak keje..(ke ada keje tapi aku tak perasan pasal asik berinternet jek..hahaha)…tak pela…

banyak aku nak taip nih..tapi macam aku cakap tadi…time petang camni laaa banyak keje nak buat..ni sekang nih aku nak ke shah alam nak gi buat keje sikit..alang2 da bukak blog nih..aku update la dulu…so..dengan keadaan terpaksanya aku terpaksalah menaip part III besok..kalau sempat..petang ni gak..hahah..apa laaa…tak cekap langsung management diri aku nih..

ok cow…

akum

13.12.06 - mana yang betul…kita mengejar masa? atau masa mengejar kita? atau kita tidak dikejar dan mengejar sesiapa?

12
Dec

cepat betul masa beredar…

akum…alhamdulillah..bertemu juga kita kali ini..berjumpa sapa? tak kisah lah sapa2 pun..

so..apa cite?da dekat 350 hari kita lalui tahun nih..apa yg da kita capai?apa yg da kita lakukan dalam hidup kita?apa yg bole kita banggakan dalam tahun 2006 nih?hai..tanpa kita sedari…2006 da mula bersedia mengeluarkan ‘tangannya’ dari kocek untuk ‘melambai2kan’ salam perpisahan kat kita semua…apa perasaan kita? sedih? suka?

sedih kerana apa?

kerana tahun 2006 ni sama seperti tahun yg lepas2…sama seperti masa lalu di mana kita tidak dapat mencapai apa yg dihajati…atau apa yang dihajati dicapai tidak seperti yg dijangkakan?

suka kerana apa?

kerana tahun 2006 lebih baik dari tahun2 yg lepas?..lebih baik kerana apa yg dihajati tercapai dengan cemerlang..gemilang..terbilang? atau apa yg dihajati dicapai melangkaui apa yg dijangkakan?

tak kisah la….apa yg penting…apa yg mustahak…masa takkan berhenti berputar…dan berputar kehadapan semestinya..(mustahil ia boleh diputar ke belakang…kalau bole….semua ingin kembali ke zaman yg bermasalah..semata-mata ingin membetulkan kesilapan…semata2 ingin menyelesaikan masalah…)

apa point aku? tak pasti..apa yg hendak aku sampaikan? tak tau (dalam erti kata..tak tau macamana nak sampaikan)…cuma…aku nak bercerita pasal masa (yg tak berhenti berputar nih) yg terlalu cepat berlalu…betullah sabda nabi junjungan kita…akhir zaman nih…masa amat pantas berlalu…setahun dirasakan sejam..sejam dirasakan seminit..seminit dirasakan sesaat…sesaat dirasakan sepintas…sepintas dirasakan….pantas..amat pantas…rasanya baru je kita menyambut aidilfitri..tapi tanpa kita sedari (lagi sekali)..hampir sebulan aidilufitri meninggalkan kita…..lebih ‘menyayat hati’..hampir 2 bulan ramadan meninggalkan kita…

(dapatkah aku bertemu semula ramadan akan datang?)

ada org kata…terlalu banyak persoalan dari jawapan hidup di dunia ini…ye ke? mungkin…tapi tak byk (mungkin tak ada!)yg mengatakan terlalu byk jawapan dari pertanyaan di dunia ini….ye ke? mungkin juga…bagi aku…secara peribadi…semua pertanyaan ada jawapan…seperti penyakit…setiap penyakit ada penawar…dan ini jelas dalam alquran…itu pasti! cuma..setiap pertanyaan tidak semestinya diberikan jawapan………

hmm…mungkin sampai sini sahaja luahan hati aku ini…kadang2 kita tak perlu menceritakan kehidupan kita kepada umum..cukuplah luahan rasa berkenaan jiwa yg diutarakan…hahahaha…jiwang?ntah lah…hati manusia nih berubah2..tak bole nak ditafsirkan…

besok kita jumpa lagi..insyaAllah…kalau diizinkannya…

12.12.06 - kadang2 kita perlukan kawan yg tak kita kenali untuk mengenali siapa diri kita yg sebenarnya…(ye ke?)